Pages

Monday, 22 December 2014

KITA TAK SAMA




Assalamualaikum. Tenang rasa tetengah malam ni. Sesuai untuk bermuhasabah diri sendiri. Aku sedang mengenang masa lalu dan agak berjiwang sikit. Sedar tak sedar dah hampir two months aku habis asasi di merbok. Bukak instagram aku tengok a.k.a stalk kawan- kawan aku di merbok dulu. Errr,maybe I should use the term 'orang yang aku kenal dan pasti sama kos dengan aku', hikhikhik.

Masa aku disana, setahun tu sangat mencabar bagi aku.. banyak yang terjadi sampai tak tahu nak mula cerita macam mana. kat sana aku belajar 'kau hidup untuk diri kau sendiri aje' , sebab people are useless melainkan ada mutual desires. masa tu kau boleh nampak lah 'malaikat malaikat' plastik. 

Bayangkan,aku ni cuma budak kampung yang tak urban. Selekeh pun selekeh, rupa paras syukur Alhamdulilah takde cacat anggota walaupun biasa-biasa aje. Then, datang daftar pulak naik kereta biasa je, takde barang- barang branded pun...handphone pun cabuk yang brandnya cuma atas sikit dari nokia 3310. 

Dalam kelas pulak, masa introduction pasal diri kita, sorang-sorang bangun dengan bangga bagitau nama, parents kerja apa and dengan result spm yang buat aku macam nak jadi halimunan je kat situ sebab aku paling low. Speaking pulak mak ai, fluent nak mati. Aku je nak cover macho introduce diri aku guna Bahasa Melayu. Aku pelik kenapa orang macam diorang wujud lagi dalam dunia ni. prinsip diorang, its okay kau tak pandai as long as kau pakai iphone, pakai fesyen ala-ala diva duduk bandar, kau konsider hot stuff. Oh please, what kind of stupid mentality yang aku jumpa dekat uni tu. Sumpah aku bosan hidup dalam kalangan yang macam hape entah... over nak matii...

Tapi aku sempoi je. Aku lebih suka guna tagline aku sendiri 'just be yourself even how bad you are'.. tak perlu tiru sesiapa dan tak perlu malu mengaku siapa diri sendiri and jangan jadi culture shock sangat. Proud of yourself people whoever you are. Bagi aku, cukuplah Tuhan kenal siapa aku dan aku bersyukur apa adanya :)

p/s : hairan orang yang still berpikiran sempit bersoal tentang darjat dan harta. Tetibe teringat filem             ibu mertuaku walaupun takde kena mengena. Hahaa :p






1 comment:

Nizam.Ariff said...

Rumpun mereka buluh betong, rumpun kita mensiang paya...

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P