Pages

Monday, 21 March 2016

WISHLIST =)



Assalamualaikum to my beloved readers,

Hai guys, rindu nya nak ada masa nak blog walking catch up cerita korang semua. last entry aku bulan September last year kot. Malas betui aku nak update. Bukan apa, balik kelas aku dah malas dah nak menghadap laptop. lepas tu kepala aku naik gilaaa buat assignment jadi mata aku kerjanya nak tido aje. Balik rumah cuti sem aku malas nak bersosial. Baik duduk rumah teman mak aku. hew hew.

Pejam celik pejam celik aku dah nak masuk 21 tahun niii. hmmm kawan sebaya aku ada yang dah ada anak sorang. Ada yang nak kahwen, ada yang dah buka bisness sendiri. Aku ? krik krik krikk. Masih mengharap duit mak bapak. Aku memang dilahirkan tanpa arah tuju betui lah. hewhew. aku tak reti nak plan awal awal la. Aku jenis go with the flow aje. Jeles gak laaa tengok kawan kawan dah berjaya, dah nak habis belajar, then kerja dapat bagi duit kat parents diorang.  Tapi yelah rezeki masing-masing kan. 

Btw, untuk hilangkan rasa bersalah yang aku ni jenis takde azam punya orang, so aku ada laaa wish list aku. Ni sure aku kena realisasikan jugak. wishlist wajib! 

1) Jaga solat
2) dean list
3) Belajar jadi sopan
4) belajar memasak
5) Graduate dengan jaya nya
6) start cari partner 

Part cari partner tu hmmmm, baru je clashed. kahkahakha. It's okay. No hard feeling.

Okay guys wish me all the best. Aku doakan korang selamat sejahtera dipermudahkan segala urusan. Be happy no matter what okay? 


PS: its hard to tell your mind to stop loving someone when your heart still does.

Tuesday, 1 September 2015

UiTM : English Professional Communication (EPC)


I'm gonna love you like im gonna lose you
im goona hold you like im saying goodbye

Test suara. Assalamualaikum. haii semuaaa... heeeee acah menyanyi je kejap. Layan lagu si Meghan Trainor ft. John Legend. ehhh, betul ke? belasah jelahh... haishh mood swing kembali menjengah.. al- maklum lah next week dah start kelas.  welcome to semester 2 buddiess. kejap sangat 2 bulan then minggu depan balik ke kampus semula.  terpaksa bajet-bajet skema semula. gua tengah pikir, baju apa nak bawak lepas tu apa je yang nak kena bawak.  Sem depan ni dah la aku tercampak ke luar UiTM.  Tak dapat kolej, sob..sob..sob... padah buat jenayah... ramai giler tak dapat kolej.. Dah laaa rumah sewa aku rumah flat ajoo... kau ade? dengan tak fully furnished. hmmm tu je smpat aku carii di akhir-akhir zaman. So, aku nasihat adik-adik junior korang get ready ok.. duduk main kampus memang beginilah nasib nyaa.. kita agak kekurangan tapi takpe.. nak belajar kan..

Disebabkan aku dapat banyak pertanyaan apa jadah la kos aku ni kan, sama ada kos aku ni TESL ke bukan, jadi hari ni biar aku terangkan sikit. UiTM agak berbeza sikit.. TESL dan kos aku adalah dua perkara yang hampir sama tapi agak berbeza. Kos aku dipanggil EPC yg bermaksud English Prof. Com. so singkat jadi EPC. TESL ialah Teaching English as Second Language..erkk betuii ke?  Acah lebih kurang ok. Jadinya, EPC aku ni di bawah fakulti applied language studies (Akademi Pengajian Bahasa) manakala TESL pulak duduknya dibawah Fakulti (Education). Basically aku (EPC) Ijazah sarjana biasa lah. Bachelor in EPC. 

TESL adalah korang dipersediakan sebagai graduan untuk mengajar bahasa Enggeris. Tak kisah lah sekolah menengah ke sekolah rendah ke dekat mana-mana ke. Fokusnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Bagi EPC, kita more to bidang komunikasi, media and journalism. Kalau nak mengajar jadi cikgu boleh tapi kena apply certificate lah.. since kau akan grad without title education punya degree compared to TESL. TESL jugak tak semestinya kau kena jadi cikgu, tapi dah sah-sah kau belajar dalam fakulti education yang  fokus untuk mengajar di kemudian hari. Jangan buat bijak sangat!

Fakulti pengajian bahasa ni ikut pulak kos bahasa apa yang kau pilih. UiTM ada 3 basic bahasa. English (240), Bahasa Melayu (241), and bahasa Arab (242).  Persamaan EPC dengan TESL ialah kedua-duanya fully bahasa inggeris. TESL dengan EPC sah-sah bahasa enggeris jelah kau belajar. EPC kau belajar balik basic english kalau ikut sylibus sekarang laa. Sem 1 adalah kau belajar basis english, segala grammar, pronounciation and writing bagai tu.. simple giler sem 1 ni kan? tapi jangan terkejut betapa susahnya nak dapat dean list daripada fakulti aku. (bahasa arab gua enggak tahu, lagi acah susah agaknya). Dan bagi sape yang dari universiti or kolej lain yang masuk UiTM jangan lupa korang akan ada kokurikulum untuk 3 semester. Even kau dari asasi UiTM jugak kau akan ada kokurikulum. KOku dikecualikan bagi pelajar yang daripada UiTM sahaja dan berjaya menamatkan koku ketika diploma ok. 

Orang tanya susah tak EPC ni? jawapan aku takkan susah kalau kau rajin. Mula-mula tu memang la susah aku akui jugak. Tambah bagi aku yang jenis tak berkomunikasi lisan menggunakan bahasa Inggeris, nak speaking 24 jam memang tahii laaa susahnya. Tapi korang kena cuba sebab akan ada lecturer yang jenis, kalau kau cakap bahasa melayu sepatah je dalam kelas dia, kau akan di denda. Its good laa sebab lama-lama kau akan biasa, dan dari biasa ia akan jadi fluent ok? Practise make perfect kawan. Lagi satu kos ni busy jugak. Macam aku last sem, paper exam hanya 3 je tapi kau punya assignment macam kau buat PhD ok. So siap sedia jangan malas. Jaga lah assignment kau so kau boleh dapat A untuk semua subject. Dan aku rasa setiap presentation adalah macam kau present kan project akhir. Jangan jadi cam aku, hukhuk asignment tahap akhir zaman baru nak buat. Bagi aku yang buat aku down sikit sebab classmate aku majoriti dari diploma, dan berumur dari aku. Ada yang dah pernah bekerja dengan institusi profesional, ada accountant, ada TESLian, ada budak food tech yang hmmmm memang dasat-dasat la classmate aku. Kalau tengok diorang present, memang berkarisma lah.. tapi bila aku present kekadang lecturer aku pun menahan gelak je.. hmmmm...Aku rasa aku je budak baru menetas since aku paling muda dalam kelas gua! hmmm apa-apa pun jangan risau okay. korang boleh punya...

Then, bagi aku best la EPC ni, kau belajar tak sarat sangat macam bebudak engine dengan bebudak sains. Aku tengok bebudak fakulti education bapak rilex giler. Aku amik EPC je pun busy kalah budak engineee! Lagi satu, lecturer kau kebanyakkan nya urban walaupun dah berumur. Percayalah, alasan kalau assignment kau tertinggal or pendrive kau virus ke apa, dia akan soal kau kenapa tak buat back up melalui segala google drive, dropbox, inbox pada email  kau lah. Memang lecturer sangat hadam helah students ok. So jangan buat alasan childish. Ramai cakap UiTM ni uni yang low standard, kau masuk kau tahu la evaluation kau macam mana. A-Z kau akan di nilai. Serious la. Then lecturer kau akan tumpu kau 100 %. Aku tak tahu lah kos orang lain. Tapi sepanjang aku di UiTM, dari asasi sampai degree, memang aku dapat lecturer yang 24 hours kejar students. Alhamdulillah, aku suka suasana macam ni. Kau consult laa semua dengan lecturer kau. 

Lagi apa ek? Peluang pekerjaan? Lebih kurang macam budak mascom laa EPC ni, tapi fokus on bahasa inggeris la. Kau boleh jadi duta kat kedutaan, kau boleh menulis, auditor, kerja dengan company-company as HR ke, pegawai perhubungan ke, macam- macam lah. Sekarang kos apa pun yang penting kau kena score okay. Lagipun  nanti bila masuk sini, naik sem 2 dia akan bagi taklimat korang kena pilih elektif untuk kos korang. Kalau ambik English ada 3 ( business, education and tourism) yang lain aku tak tahu. Sekali lagi jangan risau. Sampai sana nanti kau akan di taklimatkan macam mana dan apa kos kau ni.. Macam mana kau nak log in UiTM student portal semua lah.. Kau tanya je kaunter kat fakulti. Dia akan tolong korang yang penting sila berbudi bahasa di kaunter ok. sebab fakulti kita ni kecik je, yang muka kerek a.k.a kurang ajar nanti senang je nak cam muka kau ok.

Oh, lupa syarat kemasukkan kan... ermmm tak ingat sebenarnya sebab aku main pilih je dulu. Tapi benda wajib harus lah band 4 ke atas untuk MUET tapi ada je yang band 3. Band 3 biasa kau akan di interview dulu. Kalau band 4 then pointer okay kau akan masuk dengan smooth nya ke UiTM tanpa sebarang interview ok? so jangan rasa kecil sangat dengan band 3 kau, kau pun boleh je amik kos ni... TIADA kod pakaian untuk fakulti ni. Basically UiTM sah-sah isnin baju kurung ok. Secara jujurnya aku suka lagi waktu aku di Merbok compared dengan Shah Alam. Nanti dah masuk kau tahu lah budaya students sini. btw, sesetengah lecturer dia tak suka student yang make up over, baju blink-blink... dia suka yang sopan and just nice. yang acah suka bodek ni, hmmm boleh pergi m****s.

Pesanan aku, bebudak baru nak masuk universiti ni jangan lah excited sangat. Jangan nak terikut-ikut kawan kau. Kalau ada yang cakap kau tak macho tak bersyisya, kau suruh orang tu datang jumpa aku, meh aku bagi pelempang maut. Yang perempuan terutamanya, jaga diri okay. jangan nak acah swag tapi haplaa naya apa pun takda. Choii.... Jangan ikut senior kau yang sengal- sengal. biarlah kau tak urban ke apa, yang penting study kau score okay. Enjoy lah students life. Besok-besok rindu pulaa.

p/s : Jangan ngorat abam APB aku, abam Bahasa Arab tu yek. ahakssss!