Pages

Tuesday 11 November 2014

SELAMAT JALAN, AL-FATIHAH


sejak di luh mahfuz lagi, kehidupan kita telah ditetapkan... ayat paling common orang akan cakap jodoh,ajal maut di tangan Tuhan... ye,itu semua adalah satu ketetapan... kita cuma hamba yang kerdil... tiada apa yang mampu kita lakukan kerana sesungguhnya Allah lah yang Maha Berkuasa,yang menghidup dan yang mematikan... even udara yang kita hirup ini jugak kepunyaan Nya.. bayangkan kalau kita terhenti bernafas selama 30 saat aje, cuba tutup hidung korang daripada bernafas...kau tengok cungap ke tak nafas kau...

minggu ni aku terima satu berita perginya rakan sebaya aku... sebelum ni classmate aku...kawan aku dari sekolah rendah...baru je aku happy happy sebab kawan kami dapat baby...tapi apa kan daya.. Tuhan lebih sayangkan dia... aku serius lah malam sebelum aku dapat berita ni,aku tak boleh tido... memang aku dah rasa tak sedap hati,pukul 4 pagi aku still terjaga... tapi dalam setengah jam aku terlelap aku terjaga aku tengok phone aku banyak giler misscall.. mesej lagi... rupanya classmate aku calling bagitahu arwah dah takde... aku sumpah blank...tak boleh terima kenyataan...dia sebaya aku kut...kawan main sama-sama..aku macam tak percaya...tapi janji Allah tak lambat sesaat ataupun cepat sesaat.. dia pergi jugak dan pergi yang takkan kembali...

Hari ni baru aku terasa kuat untuk bercerita... dan yang paling menyedihkan... setiap kali emak dia jumpa aku di tempat kerja aku,emak dia akan menangis...sebab mungkin bila dia tengok aku itu mengingatkan dia pada arwah...kau bayangkan, apa aku rasa? aku ni kelemahan aku bila tengok air mata... aku tak boleh betui...jadi pada aku tak apa...tapi jadi pada orang yang aku sayang sakit tu terasa sama walaupun aku tak merasainya tapi mata aku yang melihat aku cuba untuk memahami...

Maaf mak cik bila saya tak dapat datang hari yasmin pergi tinggalkan kita, maaf jugak setiap kali mak cik nampak muka saya kesedihan mak cik bertambah tambah, air mata mak cik mengalir... maafkan saya jugak bila saya tak mampu menjawab kata kata kerinduaan mak cik pada arwah...hanya doa mampu saya beri itupun kadang kadang tetap culas mendoakan sahabat saya tu, maaf mak cik.. moga tuhan berikan kekuatan pada mak cik..dan semoga yasmin di tempat kan di kalangan orang yang beriman dan tenang disana...


p/s: selamat jalan, al-fatihah


1 comment:

wawa gades said...

moga roh Yasmin tenang disana. alfatihah

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P