Pages

Thursday 19 September 2013

Chin Peng



Assalamualaikum...holaaa everyone...okay,nampak bajet keyall aku kan? hahaha...kaifahalukum? hah,baru sesuai dengan identiti orang yang beragama Islam...dan apa khabar semua? (utamakan bahasa ibunda ye,hehe)... Hari ni aku nak update pasal hal yang tengah meletop dekat sana sini...sebelum tu aku nak habaq mai ini takde kena mengena dengan sentimen perkauman...tapi adalah sikitkan...ini berkaitan sejarah negara kita...semua tahukan pasal Chin Peng...siap keluar berita lagi...

Sejarah Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir pada 21 0ktober 1924...duduk dekat setiawan satu masa dulu...Bapanya telah datang ke bandar pada tahun 1920 dan memulakan basikal, tayar dan alat ganti motor perniagaan bahagian dengan bantuan saudara dari Singapura..dia join sekolah bahasa Cina di Sitiawan. Pada tahun 1937 dia menyertai Musuh Cina Anti Membuat Up Society (AEBUS) yang ditubuhkan pada tahun itu untuk menghantar bantuan ke China sebagai tindak balas kepada pencerobohan Jepun. Menurut Chin dan Hack, dia tidak lagi pada masa itu komunis. Beliau bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti anti-Jepun di sekolah. Pada mulanya seorang penyokong Sun Yat-sen, pada awal tahun 1939 beliau telah memeluk Komunisme. Dia merancang untuk pergi ke Yan'an, asas Komunis yang terkenal di China, tetapi telah dipujuk untuk kekal di Malaya dan memikul tanggungjawab yang lebih berat untuk parti di sana.Seterusnya mohon google sebab kenapa dia di buang kerakyatan....

Semalam aku tanya pada big boss aku...kenapa rakyat Malaysia tetap tak nak terima abu mayat dia...aku curious...pada aku takpe sebab dia kan dah mati...tapi big boss aku siap cekak pinggang jegil mata kat aku...perghhh,sedap jugak aku kena tazkirah dengan dia semalam...

big boss : kamu ingat kesalahan dia boleh dimaafkan ke? ahli keluarga orang-orang yang mati tu sampai mati tak maafkan dia...dia pengkhianat negara...sebab zaman darurat tu ramai yang mati...cacat...semua ada...kamu belum hidup zaman tu...kamu tak tahu...inilah orang muda,tak pernah ambil berat sejarah negara...kamu hidup zaman sekarang semua ada...berlambak depan mata...zaman dulu susah...

Okay,sebenarnya panjang lagi,tapi aku pun tak ingat...biasalah kalau dah kena tazkirah tu memang aku buat tak tahu jelahh...hehehe...tapi betul juga kata ayah aku...mak aku cakap kawasan rumah atuk aku dulu memang tempat komunis...ada lagi keturunan pengkhianat negara duduk dekat dengan rumah aku...hemm..kesian pun ada...mak aku cakap ada yang kena rogol,kena bakar rumahnya,bunuh...sembelih... patutlah ramai yang tak maafkan kesalahan dia lagi...chin peng ni kan orang perak...dulu abang dia pengetua di sekolah Raja Shariman,beruas...pengetua sekolah ayah aku...so memang dekat dengan tempat aku...orang dekat kawasan aku ni memang sokong tindakan larangan bawa balik abu mendiang dia...

Apa-apa pun,kita tetap kena jaga perpaduan negaralah...apa yang ada sekarang kita kena pupuk...takut jadinya semula peristiwa 13 Mei...negara kita aman...jadi bekerjasamalah untuk mengekalkan semua ini...dan sama-samalah kita berdoa sejarah tidak akan berulang lagi...aaaminn...



p/s: tidak mahu menyinggu sesiapa...


6 comments:

Nizam.Ariff said...

partner Melayu dia tu orang kampung aku... adik dia tu pernah jadi wakil ra'ayat kita orang selama lebih 1 penggal ...

Unknown said...

dalam kes ni takde siapa yg salah...semua mangsa keadaan...cuba kau tgk citer korea yg dua beradik berperang tu sebab sorg korea utara sorg lg korea selatan...aku lupa plak tajuk filem dia tu...pada aku byk misteri dalam sejarah malaysia ni...byk yg tak ditulis...tu belum lg konspirasi yg nama malaysia dah wujud 100 tahun sebelum merdeka lagi tu...wakakkaaa

kalau tanya big boss kau dan mana2 org dalam pasukan keselamatan mmg lah mereka susah nak terima...tapi ironinya kita senang pulak terima org portugis yg dah sah2 adalah org yg mula2 menjajah negara kita ni ha...(takde niat nak racist..so aku minta maaf pada org keturunan portugis...)...dan takde pulak org nak boycot keluarga diraja england sebab diorg lah ramai pahlawan melayu terkorban menentang british pada zaman dulu....

nae nematoda said...

owh mcam tu , patut la orang malaysia tetap tak nak terima abu dia...

t.a.t.a said...

ana bil khair allahamdulillah.

sama juga macam bila orang Jepun datang sini, seksa orang kita teruk², tapi at the end kita ada juga konsep pandang ke Timur kan?


aku pun tak nak komen sangat, sebab aku tak minat sejarah.

Akupenghibur.com said...

terima kasih perkongsian ..apap on jangan biarkan sekali lagi peristiwa itu terjadi.. dia tak layak tinggal di malaysia walaupon apa jua bentuk jasadnya

Unknown said...

patutlah ramai yg tak maafkan dia..byk yg jd mangsa..

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P