Pages

Wednesday 3 July 2013

THE LATE RAMADHAN

Ramadhan bakal datang lagi...rindu pada bulan ramadhan...bulan yang penuh keberkatan...aku harap ramadhan kali ni boleh menjernihkan keadaan hidup aku...mungkin ramadhan kali ni aku sambut sorang-sorang dan mungkin kali ni beraya pun sorang-sorang...tapi tu semua tak penting...yang aku doa aku cuma nak Allah permudahkan segala urusan dan beri peluang pada aku untuk manfaatkan bulan ramadhan kali ni...harapnya dapat bertemu dan merasai nikmatnya bulan ramadhan...

Last week,aku ziarah kubur arwah kawan baik aku...aku pergi dengan adik-adik arwah...pertama kali aku tengok seorang lelaki menangis depan mata aku...aku yang rock pun tak menahan dah tengok dia...arwah pergi pun sehari sebelum kita mula berpuasa tahun lepas... bila ramadhan datang kali ni aku pun teringat pada dia...tahun lepas dia janji nak beraya dengan aku...tapi Allah lebih sayangkan dia...

Aku ingat aku dah pernah berjanji yang aku tak kan tulis apa-apa mengenai perasaan aku... tapi hari ni..when I'm alone...rasanya aku dah tak larat nak simpan dan nak poyo macam takda apa-apa jadi... secara jujurnya aku sayang kawan aku...aku sayang ni macam aku sayang abang aku...means tahap dia dah macam keluarga aku... dialah satu-satunya manusia selain kawan baik aku yang takkan menghukum aku tanpa tanya dulu...orang yang boleh tahan dengan kepuakaan aku...dia mengajar aku untuk tengok dunia ni dari pelbagai sudut...dia selalu ajak aku join aktiviti sukarelawan...aku still ingat dia pesan pada aku..."tak perlu tunggu nak kaya baru nak menderma dan berbagi-bagi"... aku respect arwah...anak orang kaya yang tak belagak...tak sombong dan sangat low profile...

So,this ramadhan...aku akan sambung kerja-kerja arwah...nak tunggu aku kaya lambat lagi...so aku hanya menyumbang apa yang termampu...aku jatuh cinta dengan kerja sukarelawan...so sementara aku sambung tingkatan 6 ni aku nak full dengan aktiviti...nanti dah further jauh lagi mesti susah nak join venture... tetibe rasa nak tukar cita-cita pulak...next entry lah aku sambung story... need to rush to send my friend to KLIA..





p/s : selamat menyambut bulan ramadhan insyaAllah next week kan... =)

8 comments:

Mizz Aiza said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak adik.. sedih mengenangkan orang yang telah meninggalkan kita buat selamanya.. sedekahkan al-fatihah kepada beliau, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

Amaliena Ros said...

selamat menyambut Ramadhan ckk, semoga terus istiqamah untuk sambung kerja2 yang arwah suka tu..
be strong..

Unknown said...

assalamualaikum..CKK :)

entry yg menyayat hati..menjelang ramadhan mmg byk kenangan pd kita samaada yg manis atau sedih..

slmt menyambut ramadhan..ayie ucapkan pd CKK sekeluarga.. :)

Unknown said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak CKK..utk arwah sahabat CKK tu, Al-Fatihah untuknya..smoga sntiasa berada dibwh rahmat Sang Pencipta

Unknown said...

selamat menyambut ramadhan....kenapa nak sambut sorg2 tu?

Unknown said...

selamat menyambut ramadhan CKK..al-fatihah utk arwah sahabat CKK..
sedih pula baca entry ini..

nadia farahida said...

selamat berpuasa dikkkkkkk :))

kay_are said...

satu yang aku tak faham,nape ko akan sambut sorang sorang? famili ko sume pergi mane?? @.@

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P