Pages

Wednesday 24 July 2013

CINTA 150 JUTA



Assalamualaikum...salam 15 ramadhan :) kejap je kan dah pertengahan...lagi 15 hari nak raya...tapi tahun ni aku cam takde feeling nak beraya...even baju raya pun tak ada lagi wehh...sungguh sadis...okay tolong abaikan...hari ni aku nak jawab satu soalan yang agak unik dari sorang bro blogger ni...tentang my last entry...hohoho...masa baca komen dia aku dah gelak sakan...sorry bro...bukan nak kata apa kan..tapi aku salute lah bro ni boleh tanya soalan cepumas tu kat aku...hehehe...so hari ni kira aku nak jawab lahhh...tapi yang lain jangan sentap pulak aku tak reply komen kan....aku bukan tak nak reply tapi aku appreciate komen korang...so aku tak nak usik dengan reply komen yang merapu...muahaaa,,, tapi part abang blogger ni punya soalan memang aku rasa nak up entry sebab soalan dia memang berkaitan lahh...nak tahu apa entry ni mohon klik entry yang paling latest sebelum ni... hehee :P

Katakanlah tetiba berkenan dgn lelaki ganteng tapi jantan keras nak mampos, cemana? Perlu ada kerasnya tapi keras tegas kepada org lain demi membela bini tapi dgn bini dia lemah lembut dan manja... amacam?


HAH,menarikkan soalan bro ni...? bagi nak jawabkan...aku rasa setiap orang ada taste yang dia mahukan...tak semua perempuan sama taste dia...macam aku memang aku suka yang simple...as long as he love me sincerely dan seorang yang mengambil berat dalam agama dan bertanggungjawab pada aku dah cukup...

Berbalik pada soalan bro Nizam ni...rasanya bro ni memang sweet habis dengan bini dia kan...muahaaa....mesti beliau buat romantika garang-garang sweet dengan isteri dia...so satu aku nak cakapkan..."biar lelaki tu bertegas dengan orang lain tapi manja dengan isteri sebab pada aku lelaki macam ni jenis yang setia"..  Pernah tak korang layan lagu 150 JUTA by AINAN TASNEEM ? kenapa aku kaitkan lagu ni dengan soalan bro ni? sebab lirik lagu ni ada jawapan nye...so aku tuju lagu ni untuk bro ni...

Biar lah dia ego dengan orang lain...pada aku tu memang tugas seorang suami...tegasnya dia untuk melindungi isteri yang di amanahkan oleh Allah...ego nya dia supaya isteri dia menghormati dia sebagai khalifah rumahtangga...tapi awas! jangan nak ego melampau...sebab wanita ni suka dimanja dan dibelai dengan kasih sayang...errr,aku rasa mostly yang kahwin mesti pahamkan? wanita ni lembut hatinya...ok...aku pun tak tahu nak explain pepanjang...muahaaa...so tak kesah lah...lelaki keras bagai nak rak,lelaki lembut,tempang ke apa ke...selagi dia mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik...dan seorang lelaki yang mencintai wanita bukan kerana nafsu semata-mata aku rasa he deserve a good woman by his side and to be his bride =)

Pasal lagu 150 juta ni pulak...somebody special dalam hidup aku tujukan lagu ni khas untuk aku...hohoho...dia ialah kawan baik aku...katanya sebab perangai aku yang "baran dan keras kepala" ni sejibik macam dalam lagu ni...but dia tetap terima aku...seadanya perangai sengal aku...so bolehlah dengar lagu ni ok =)




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“Saya mungkin baran tak kira masa”
“Tapi saya tahan kalau yang salah saya”
“Saya mungkin saja keras kepala”
“Tapi saya manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/10/lirik-lagu-150-juta-fyn-jamal.html#ixzz2ZvpIdct4
setianya lelaki bila dia memarahi kita bagi sekecil-kecilnya sesuatu hal tu tanda dia sangat menyayangi dia...but please awas...dalam dunia ni banyak lelaki buaya yang HIPOKRIT!



P/S : TAK KENAL MAKA TAK CINTA :P khas untuk bro NIZAM.ARIF




6 comments:

Nizam.Ariff said...

Eh, ko tujukan lagu tu kpd aku atau ko tujukan falsafah last tu kpd aku?

Anyway, kedua-duanya aku terima... hahaha

Pesanan lagi: perlu ada konsistensi juga. Jangan nanti selepas 15 tahun bersama, dah mula cair segala perasaan yang baik-baik tu. Pada waktu tu, nilai saham masing-masing dah jauh berbeza - satu ke puncak Everest, satu ke Marina Trench.

berdoalah "panjangkanlah jodoh kami, Ya Allah"

t.a.t.a said...

Lelaki yang baik dipasangkan dengan perempuan yang baik juga. Susah nak jumpa lelaki yang betul-betul baik dan bertanggungjawab sekarang ni.

t.a.t.a said...

Nizam, which one is to Everest and which one is to Marina Trench?

Unknown said...

betul tu CKK..perempuan ni memang suka dibelai dimanja hehe..

Unknown said...

lol lelaki yg menangis tgk cerita korea tu maknanya dalam hati ada taman...kehkehkeh....

kay_are said...

hmm..150 juta tu actually lagu fynn jamal.. lepas tu ainan tasneem beli lagu tu dan nyanyi balik.. tapi aku lagi suke versi fynn jamal lagi.. =)

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P