Pages

Tuesday, 26 March 2013

SELAMAT MEMBACA

Assalamualaikum...Holaaaaa...hari ni aku tak tahu nak cerita apa...pasal mood aku dua tiga hari ni memang tak boleh blahhh je...sensitip bebeno kata orang perak...nak enjoy holidays pun memang aku buat muka plastic je...hohoho...hakikatnya sadis kat dalam ni Allah je tahu....ok,abaikan...

Main point yang aku nak tulis hari ni ialah pasal blog aku ni...setelah membaca beberapa komen yang ada...aku rasa macam dipanggil-panggil untuk tulis bab ni...asalnya aku create blog ni untuk dibuat tempat aku menulis semua benda yang aku nak...konon-konon nak tulis apa yang aku suka jelahkan..so aku pun create lah blog...tapi ini blog aku yang ke 2...yang pertama aku dah malas nak update..so layan jelah yang ini...actually hari ni aku jawab beberapa komen yang kerap sangat diperkatankan di blog aku ni...mohon jangan ada yang terasa...


1) CKK,aku tak faham apa yang cuba ko sampaikan...pening nak faham...

Aku memang memahami kalau korang tak faham apa yang aku post...salah satu sebabnya aku memang tak pandai nak create ayat macam sesetengah blogger tuh...then aku memang tak berapa reti nak menulis...maksud aku aku tak terror lah bab-bab nak berstory bagai ni....

sebab yang ke dua,sebelum ni mungkin aku boleh tulis segalanya detail kat sini sebab takda siapa yang baca dan takda siapa yang kenal aku...sekarang aku tak boleh buat gitu lagi...sebab dah ada yang tahu siapa aku...my bestfriend si Mutiara Hati tuh pun rajin datang ke sini...dia bukan boleh tengok sad entry ke apa ke...nanti dia risau...aku tak nak dia susah hati...selama ni aku banyak menyusahkan dia...jadi aku nak belajar berdikari..selesaikan semua nya sendiri...aku tak suka bestfriend aku risau pasal aku...mereka pun ada masalah mereka sendiri...so benda ni pun boleh jadi pengajaran pada aku...jadi kadang-kadang benda yang sepatutnya rahsia aku tak boleh nak share...aku tak nak orang tahu apa yang aku lalui...so itulah jadinya entry yang sekerat dan korang tak boleh nak faham apa yang aku cuba sampaikan...

Tapi syukurlah..still ada yang sudi jengah kat sini dan drop komen walaupun tak faham apa...

2 )Bahasa London?

Ni pun satu hal lagi...aku bukan nak bajet ke apa guna bahasa mat salleh ni...tapi memang ayah aku terapkan bahasa ni dari aku kecik..dan pergaulan aku banyak dengan golongan-golongan kaum yang berbeza...so dah terbiasa bahasa rojak...hehee...Then kalau ada yang menyampah tengok aku taip dalam bahasa London itu mohon abaikan ye...biasanya kalau mood aku ok aku akan guna bahasa Melayu...yang aku taip bahasa lain tu pasal aku tak nak korang baca benda yang tak elok....contohnya bila aku taip dalam keadaan marah aku akan gunakan bahasa yang tak baik...jadi bila guna bahasa London takde lah nampak sangat aku memaki orang...hehehe...lagipun keayuan kena jaga....kut-kut ada mak mentua baca...tak ke jatuh saham aku? hohoho...

Kalau tak faham apa yang aku tulis boleh tanya pada ruangan komen kat bawah kan...InsyaAllah aku memang cuba improve cara aku menulis entry...paling tidak pun orang boleh paham apa yang aku cuba sampaikan....




p/s : lepas ni aku pun nak buat review untuk pengkomen tegar dan blogger yang aku suka...! dan kalau blog ni kosong untuk tempoh yang lama...itu aku tak pasti....

SELAMAT MEMBACA SEGALA YANG PELIK-PELIK DISINI =)


6 comments:

khairil azam said...

aku jugak yg kena tuh...weh sis...
ni aku nak habaq mai...
apa guna kawan kalau tak boleh tolong kawan..
dan tolonglah jangan nak be alone...
kau ada kami semua...kau tu manusia biasa...ada masa
kau sendiri takkan mampu nak tahan...sekali2
share lah biar orang tahu...dan orang boleh cuba memahami...

Payeh Kuced said...

aritu kau up entry bahasa london terus ternganga aku dibuatnya,.... macam summary pun ada... hahaha...

its okey dude.. (tadi aku tulis ayat its okey tu sbb nak ckp something,..tapi dah lupa) abaikan...

aku lebih kurang dgn kau jugak.. kot.. hee.. nak luahkan dengan kata2, tak berape reti.. lebih kepada ketidakpercayaan terhadap orang lain sebenarnya.. bimbang bila kita berstory, reaksi dia tak seperti yang kita harapkan..tu salah satu sebab jugak aku buat blog zomba yang memang bersawang lately... tapi sekarang ni dah kurang luahan hati.. sebab ada readers kot.. dulu blog tu mcm kera sumbang je.. ekekeke

i wish to always be ur reader for every entry.. tapi masa membataskan.. lepas spm nanti, inshaAllah... aku datang untuk setiap entry :)

Aku Penghibur said...

heheheh hanya mampu tersenyum bce entry nie ..hehehe bermonolog sangat

Hatimi Tahirruddin said...

mmg pon sesetgh entri kau tu susah nak paham...tapi pengunjung2 kat sini perihatin sebab tu diorg cuba jugak nak tinggalkan komen...sng cerita diorg sayang kat kau la tu...hihi...

tapi aku sama cam kau la...kdg2 susah nak explain satu2 benda...dan sebab tu jugak aku buat blog sebenarnya...nak melatih diri bagi penerangan kat org....haha

Alyn Roslan said...

okay jer alyn blog ni..ayat sempoi jer..senang..kiranya direct dari hati..terus ke blog..hehe

Mr. Doctor said...

Kadang2 terfikir jugak md punya entry orang paham x? Huhu.. Jeles kan tengok penulisan sesetengah blogger tu mcm best gila.. X boring.. Nak tiru pun x pandai.. Alahai.. Tp ok ja.. Speaking london biasa la tu.. Kenapa orang mesti condemn.. Grrrrr

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P