Aku memerhati suasana sekeliling hotel pada senja itu...titis-titis hujan kelihatan membajai bumi...air kolam yang jernih kian berkocak...sunyi...aku berseorangan kerana parents aku perlu menghadiri annual dinner...disebabkan aku mengalami migrain yang agak teruk..aku terperap saja didalam bilik ini...
Aku terus berdiri di hadapan tingkap yang bercermin kaca...tiba-tiba aku lihat seorang budak lelaki berdiri di seberang kolam bertentangan dengan tingkap bilik ini...dia sedang melihat aku...kemudian aku lihat mimik muka nya seperti mahu menangis...aku terus perhatikan sekeliling...aku lihat tiada sesiapa melainkan kanak-kanak itu...dalam hati ku menyumpah siapalah ibu kanak-kanak ini yang tegar membiarkan anaknya bermain berseorangan...?
Sedang aku berkira-kira membuat pelbagai andaian ,aku lihat dia kian menangis dan kemudian terduduk di pinggiran kolam...aku jatuh kasihan pada anak kecil itu...mungkin dia tersesat dan ibubapanya sedang mencari...aku nekad mahu menuju ke kolam...bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini...dan aku menjadi saksinya...Lalu tudung ku sarungkan di kepala...kemudian aku bergerak menghalakan kaki ke kolam...
Pintu masuk ke bahagian kolam renang itu aku tolak dan terbuka...hujan kian renyai...aku menuju ke kolam kanak-kanak..tempat di mana aku terlihatkan budak kecil itu...aku lihat dia sudah tiada...aku berjalan di sekeliling kawasan kolam renang itu..hasilnya negative..anak kecil itu tetap tiada...hampa rasanya...tak mengapalah...aku memujuk hati...mungkin ibubapanya sudah mengambil dia...aku menghela nafas... sekurang-kurangnya aku tak adalah terasa terkilan andai sesuatu terjadi pada anak itu...
Aku mengambik keputusan untuk kembali ke bilik...titisan renyai hujan aku lihat kian deras seperti mahu lebat pula...Saat aku berpaling..aku bagai terpaku...errrr.....
#sambungan nya paham-paham sendiri lah...punca aku berlari pecut marathon kalah Dolah Ali...err,tapi siapa Dolah Ali ni ek ?
p/s: Lepas ni kalau nampak budak kecik mandi kolam aku buat-buat rabun jelah...
9 comments:
:) moral story buat-buat rabun saje ... dan buat-buat tak nampak.. mesti lari tak tengok belakang nie ..
gagaga...acik kalau tengok belakang takut pulak terus pengsannn...
kire ko nampak entiti r time hujan2 tu eh.. err.. ok lepas ni aku tak pandang luar bile hujan lagi.. seram lak tibe2.. huu..
Mcm lahh hang ni.. but steady ko berani gak kuar konon2 nya nak tgk budak tu.. huh
lebih kurang lah...hahaha...hadoii...bukan semua tempat ader..hahaha
hahaha...tulah..aku pulak sengal pergi tengok..hah..hambikk...kena kejar lagii
hihi seram jugak tu....
hohoho...tahu tak pee
lain kali jangan pergi tengok..kang apa2 jadi...payah pulak...
Post a Comment
boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P