Pages

Tuesday 29 January 2013

TIADA TAJUK

Dalam sesedap aku melayan blue malam diulit mimpi dalam lena yang nyenyak...tiba-tiba aku rasa ada getaran...aku meronta malas untuk membukakan mata kurniaan Allah ini...sekali lagi getaran berlaku,..dan walaupun mata aku masih terkatup rapat...dapat aku rasakan rembesan bercahaya yang menyilaukan....tapi kini minda aku mampu memproses...rupa-rupanya handphone aku yang menghasilkan segala tindak balas itu...jam menunjukkan pukul 2.17 pagi...dalam hati ada sikit ucapan takziah kepada manusia yang menghantar SMS kepada aku memalam buta ini...lalu aku membuka code dan menyemak peti simpanan atau dipanggil inbox oleh mat salleh...


" ada perkara yang lebih baik daripada tidur di kala malam yang sepi ini..bangunlah  =) "

Pesanan yang aku terima tanpa aku tahu siapa pengirimnya...aku malas untuk membalas SMS tersebut...aku beranggapan bahawa hamba Allah itu tersilap hantar pesanan...tapi dalam berfikiran begitu...aku mula tertanya-tanya apakah mesej yang disampaikan...kemudian aku membacanya berulang-ulang kali...akhirnya aku dapat jawapan...

Tiba-tiba aku teringatkan satu firman Allah yang pernah aku baca..

"Maksudnya:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Sembahyang Tahajjud” padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Isra’: 79)

Jadi aku rasa....mungkin Allah hantar manusia itu untuk menyedarkan aku...maka aku bangun dari pembaringan lalu menuju ke bilik air untuk berwudhuk...air wudhuk itu menampar segar wajah aku tatkala di hembusi bayu yang menyusuri dari tingkap yang aku telah terlupa tutup sebelum tidur...

Bersujud pada Allah...memohon gundah gulana ini hilang...aku juga teringat pada hari aku menghadiri satu kem remaja yang mengadakan qiamulail...dan boleh aku kira dengan jari berapa orang yang sudi untuk bangun malam ketika itu untuk menjalani program pada pukul 3.00 pagi pada masa itu...masih terngiang-ngiang pesanan abang motovater tersebut...

" nampaknya tak ramai yang sudi untuk menyertai program qiam kita ini...tahniah sebab anda yang ada pada pagi ini...sebab anda memilih untuk bangun daripada tidur...abang nak kongsi satu firman Allah dengan kamu.."

yang bermaksud:


“Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya”.
(Surah al-Muzammil:16)

Rasanya dah lama aku tak bangun qiam...terima kasih pada hamba Allah itu...mengejutkan aku tatkala aku terlalu lena....lepas aku selesai bermunajat...aku kembali berbaring di atas tilam yang empuk...mungkin kerana wudhuk membuatkan mata aku kian segar dan tiada tanda mahu terlelap...maka aku sumbatkan earphone di kedua-dua belah telinga pinjaman Allah ini...kedengaran black eye peas menyanyikan lagu I got a feeling...entah kenapa rasanya lagu itu sudah tidak kena dengan jiwa aku pula...dan kerana aku tidak tahu lagu apa yang aku mahu dengarkan..maka aku setkan pemain lagu (MP3) kepada shuffle mode and random..beberapa ketika...kedengaran lagu September Band yang bertajuk Taubat..

Ku tahu masa itu kan tiba
Saat ku tinggalkan dunia
Menggenggam dosa selama hidupku
Menuju kepada MU

Ku tahu rahmat Mu tak terbayangkan
Saat ku pertahankan iman ku
Pedih siksa Mu adalah janji yang Kau ucapkan
Saat ku lupakan Mu

Aku tak mahu saat Kau ambil nyawaku
Ku berada dalam lumuran dosa
Aku tak mampu jika semuanya terjadi
Aku bertaubat ke pada MU



pandangan ku halakan ke langit malam yang di sinari bintang-bintang berkelipan...bulan yang menerangi kelam nya si awan biru...berlatarkan lagu ini...aku mula melayan blues...mengimbau kenangan dari waktu aku kecil sehingga aku mencapai umurku sekarang...membayangkan segala kenangan indah dan pahit yang terjadi dalam hidup aku...menyusuri dosa-dosa lampau aku....membuka hikayat seribu satu cerita rahsia diri aku....banyak yang perlu diperbaiki...ketenangan yang aku dapat kala ini...seperti belum pernah aku rasakan sebelum ini...rasa yang tak tahu untuk aku gambarkan...syukur Allah mengurniakan aku dengan rasa ini...
aku dapat rasakan air hangat mengalir di pipi aku...air apakah ini? ohh..rupanya mata aku yang mengeluarkan cecair ini...terasa basahnya hingga melayur di hati...malam ini menjadi saksi aku memulakan sesuatu untuk merubah diri aku...insyaAllah...dan moga aku istiqomah...

dan entah bila aku terlena aku juga tidak sedari....malam kian berlabuh menutup tirai hari ni...dan menanti terbitnya mentari menjelang hari seterusnya bagi sebuah kehidupan...

24 comments:

Hamdi Afandi said...

alhamdulillah...untungnya....:)

Hamdi Afandi said...

weh, ko nak dengor aku nyanyi kan? ni ha aku bagi link post aku yang agak lama la..aku terjumpa pulak..dalam post 2 aku ada attachkan video persembahan kitorang..hehe..

http://hamdiafandi.blogspot.com/2009/04/showmakan-malam-jpp.html

! Arjunakirana ! said...

Bagus nyeeee... untung laaa.. jaga perhubungan dengan baik kerana Allah swt... insyaallah berkekalan amen :)

Akupenghibur.com said...

subhanaALLAH... untungnya ... semoga di berkati Allah

Unknown said...

insyaAllah...harap2 sy bleh kekalkan semua ni... =)

Unknown said...

Allahumaamin....tulah elok sy post entry ni tgok plak entry acik....lg rasa cm xtahu nak ckap...tu yg kuar komen ikhlas kat blog acik smlm... =)

kay_are said...

tak pernah ade orang kejutkan aku angun qiam macam tu.. zaman sekolah asrama dulu je r.. sekarang ni langsung takde dah.. err.. ko bertuah.. terus kan r ye.. =)

Unknown said...

aku pun xtahu la sapa dia tuh..mgkin slah hantar sms lah..tp aku syukur lah dia hantar kt aku..inysaAllah...memang aku cuba kekalkan...

Unknown said...

salam CKK :)

sejuk hati ayie...sesuai sgt dijadikan isteri nih...tentu untung suami dan anak2 CKK kelak..sbb dpt isteri dan ibu yg bangun waktu sahur tuk bertahajjud... :)

czueka zulaikha said...

assalam CKK :)
first time visit sini..
menariknya.. bakal suami kot yg hantar tu :)
apa2 pun semoga diredhai Allah

Unknown said...

wasalam ayie..

hahaha...tp ayie sy pun byk kekurangannya lagi...byk nak kena blajar lagi...hoho...

Unknown said...

wasalam czueka...
terima kasih sudi datang sini..
err,bakal suami?
jantinanya pun xtahu...haha..
terima kasih sekali lagi..
aaminn.. =)
semoga Allah meredhai kita semua juga

Sarina said...

Salam..kalau memang dah romantik x kan miss la ayat2 tuh tapi jangan lak lupa bila dah kawin dik non..hehe jangan mareeee..

Unknown said...

wasalam...hehee..romantika ke nih? hohoho...kalau daha da rezekinya...insyaAllah...sy jemput semua..ececeh...kih3

Que Achmad said...

Tajuk je TIADA TAJUK, tapi isinya, peargh..... penuh makna. Jom tukar bloglist. Kalu stuju, gtau Abe ye... tq.

http://www.queachmad.com/2013/01/sahabat-yang-dilarang-itu-juga.html

http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html

Que Achmad said...

fungsinya utk memudahkan Abe selalu ke sini(http://ceritaakupunyesuke.blogspot.com). hhehhehehehe

Katak Comel said...

alhamdulillah..
teruskan la ekk

nabila ibrahim said...

weh2 akhirnya aku dapat jugak comment blog ko..harhar...teruskan usahamu itu.. :') yang penting ko memang bertuah

Unknown said...

insyaAllah...harapnya begitulah..aaminnn

Unknown said...

err..nab...beria ko comment kat sini babe...kat twitter pun ko komen gakkan..hahaa..doakanlah akuhidangkan ko nasi minyak cecepat wei..ekekeke =p

ariff said...

ayat bersastera sungguh..

Unknown said...

hahaha...sy mana reti bersastera arif...itu merapu ja...

nadia farahida said...

dia suka awakkk kotttttttttttttttttttt :P
sebab tu dia nak bimbing awakkkkkk.

Unknown said...

haha...kenal pon tak kak..mcm mana boleh suka...hoho

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P