Monday 7 January 2013
HUJAN
Tiap kali aku di timpa hujan
yang aku harapkan biarlah aku terhindar dari tempiasnya
dan berharap ia akan segera berlalu
tapi sebenarnya aku terlupa sesuatu
seharusnya aku pinta adalah agar
yang maha esa memberikan aku
kekuatan dan menyalurkan aku ketabahan
supaya aku tetap bangkit
tiap kali aku rebah
tika menongkah arus kehidupan
aku tersedar
sepatutnya aku bersyukur
kerana walaupun di timpa hujan
hujan ini adalah hujan rahmat
tanda bahawasanya yang maha esa
merindukan tangisan aku
menjemput aku untuk bersujud pada Nya
hujan ini juga mendewasakan aku
menyedarkan kekhilafan aku
bahawasanya cinta pada manusia
hanya menyebabkan aku terluka dan kian terluka..
biarlah aku menyusuri jalan takdir Ilahi
menanti sang kekasih yang halal untuk ku cintai..
#dan biarkan luka ini berlalu meskipun pahit untuk dilalui
4 comments:
biar resah hilang dibasuh hujan..
mungkin itu lebih baik...thanks =)
mak pesan.. kalau ditimpa hujan, cepat cepat pergi mandi.. nanti demam susah =P
hahaha..time ni lah ko jd anak mithali ingat pesan2 mak ko ye...
Post a Comment
boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P