Pages

Saturday, 5 January 2013

BLOGWALKING: THE END 2012 by CIK MUDA

saja aku join segment cik muda +Ck Muda ...sebenarnya...aku juga nak kongsi...sesuatu yang aku simpan...dan mungkin juga melalui segment ni...aku dapat meluahkan rasa hati aku yang terpendam..walaupun tuan punya segment suruh tulis pendek..tapi aku tetap tulis panjang...kalau sapa2 rasa tak suka...tak pa..aku tak ambil hati...boleh tekan button close...


KISAH hidup aku sepanjang usia aku mencecah 17 tahun..punyai warna warni yang kadang kala buat aku menangis..dan kadangkala buat aku gembira...sebagai manusia...kita tidak lepas dari dugaan hidup..andai sentiasa gembira..apa gunanya kita hidup...kita akan rasa kosong...

Perjalanan hidup aku pada 2012 biasa-biasa sahaja...yelah...hidup sebagai seorang manusia yang normal..ada happy..ada sedih..ada ketawa...ada menangis...but aku tetap aku...tetap tabah mengharungi hidup aku dengan berbekalkan bahawasanya Allah memberi pinjaman nyawa kepada aku dan aku harus bersyukur dan menggunakan sebaik2nya...serta pesanan 3 idiots..iaitu all izz welll...

sampailah suatu hari..aku dapat panggilan telefon..aku terduduk dan tergamam...sampai tak mampu untuk berkta-kata...aku rasa bagai bermimpi..mimpi yang kalau boleh aku tak nak alami..tp rupanya..itu bukan mimpi... berita yang disampaikan ke telinga aku yang sahabat ak, zafreel affendy meninggal dunia di singapura...aku rasa aku pernah tulis entry pasal arwah...sapa yang pernah singgah di sini mesti tahu...dan aku tahu...Allah memberikan aku ujian..kerana Allah menyayangi aku...

Pertemuan pertama aku dengan arwah ketika aku beruisa 14 tahun...ketika tuh aku sedang membayar harga tiket parking melalui machine...itulah kali pertama aku menggunakan benda alah tu...kebetulan arwah berbaris di belakang aku...bila nampak aku macam terkial-kial..dia cuba membantu...akhirnya aku berjaya menggunakan machine itu dengan betul..lepas aku selesai aku pun ucapkan terima kasih dan terus pergi dari situ..arwah hanya mengangguk dan tersenyum...hati aku terusik sedikit...hemsem orangnya wei..

tapi aku masih belum berkenalan dengan dia...sampailah satu hari..aku ikut rombongan sekolah ke Shah Alam...biasa..rombongan memang membosankan...tambahan aku tak tahu nak beli apa..ketika tu kami singgah di SACC mall...aku nak mencari surau untuk solat...sampai lah aku bumped up dengan dia kat tepi dinding...dan aku minta maaf...then baru aku perasan..aku macam pernah jumpa dia...dia pun say hai..aku masih terpinga-pinga...dia lagak macam dah kenal lama dengan aku..then dia buka wallet dia..dan tunjukkan aku tiket parking green town mall ipoh...aku menepuk dahi...baru teringat...dia ni mamat yang tolong aku...sibyuk bertanya nama sampai terlupa tujuan aku nak mencari surau...dan dia pun tunjukkan surau tu..aku ingat dia dah pergi..rupanya habis solat...aku jumpa dia di kerusi..katanya menunggu aku...di sebabkan aku dah terlewat dan perlu berkumpul untuk balik ke perak...aku minta diri...dia terus rampas handphone aku then miscall ke handphone dia..katanya mudah nak contact selalu...

dalam bas..aku terpikir...entah-entah mamat tuh jahat ke apa ke..dah la tak kenal aku..tapi sembang macam dah dekat 10 tahun kenal...gila kot...haha..kelakar bila ingat balik...dia call aku masa tuh aku otw balik perak...bas dah sunyi...sebab bebudak tidur..penat agaknya..aku pun jawab jela..layankan jela mamat tuh...oh..baru aku tahu dia memang kelakar...dia banyak bercerita pasal dia...tapi aku tak kongsi pun pasal aku...mana nak tahu..kot2 dia ni jahatkan..ohh...aku sangat berwaspada dengan mereka yang bergelar lelaki..sampai dah nak letak tu dia cakap..kata2 yang buat aku terkejut..

"awak..awak memang tak banyak cakap ke?? atau awak tak suke cakap dengan sy?? mungkin awak rasa sy mcm lelaki gatalkan? sy lupa..awak perempuan bertudung labuh...mana nak kawan dengan sy yang hina ni..tp demi Allah yang mencipta langit dan bumi...sy zafreel affendy ikhlas nak kwan dengan awak..kawan je..janji tak lebih...boleh?"

dah dia cakap macam tuh rasa bersalah lah pulak...jadi aku pun layan jela...orang buat baik kita kena buat baik...dari situ mulalah aku berkawan dengan arwah...arwah baik sangat...kelakar..dan caring...aku anggap dia macam abang aku...sebab memang perangai dia sama macam abang aku...setiap kali melepak..aku akan ajak dia lepak mamak je..sebab terbuka...hahaha..dalam macam tuh aku tetap berwaspada...hehe...dan dia memahami aku..dia bawak adik-adik dia tiap kali kami lepakaing..kadang-kadang dia bawak kawan-kawan dia...tapi adik dia tak suka pada aku...aku pernah terbaca sms arwah dengan adik nya...dalam mesej tu tulis yang adik dia tak suke arwah kawan dengan aku...huhu..sadis...so aku ambil tindakan menjauhkan diri...sebab aku malas lah nak gaduh dengan adik dia yang poyo bagai tuh..tapi arwah tetap yakinkan aku..dia nak juga kawan..aku pun malas bising-bising..kalau jumpa adik dia aku buat derk jela..tapi lama-lama kami dah ok.dan aku rasa selesa dengan dua beradik tuh...

satu tabiat arwah..dia suka sangat bagi aku makan makanan yang dia masak..even kitaorang lepak tempat makan pun dia tetap bawak bekal yang dia masak...pernah sekali tu aku tanya...

"kau ni nak calit ke nak santau aku yang bagi makan ni?"
"awak ni gila ke apa...tengok sy makan...ok je kan?"

lepas tuh aku tanya dia..kenapa dia suka masak untuk aku...dia bagi jawapan yang buat aku terkedu..

"kenapa kau suka masak a'ah??kenapa ko x order je kan?"
"awak pernah dengar tak...orang tua2 cakap kalau nak pikat hati suami...
 kena pikat perutnya"
"kau tuh perempuan ke yg beria bagai?"
"kan ke sy tengah pikat awak ni?? tu yg sy masak..sebab sy harap awak boleh terpikat dengan sy...hehehe"

macam-macam arwah ni...suka buat aku tersenyum sendiri...tapi sekarang dia dah takda..dia meninggal beberapa hari sebelum masuk ramdhan tahun 2012...hari pertama puasa..aku rasa nak menangis...teringat kata-kata arwah..katanya dia nak balik malaysia untuk sambut hari raya dengan aku..memandangkan dia sambung belajar di UK..dan jarang balik ke malaysia..dia nak jumpa aku..kebetulan dia dapat balik sebab cuti summer...balik je dia terus terbang ke singapura sebab ada hal yang perlu dia setle kan...dan kat sana...dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan adik dia..

yang buat aku menyesal seumur hidup..seminggu sebelum tuh dia meluahkan rasa hati dia yang dia suka pada aku...kata arwah dia balik dan dia akan jumpa parents aku..aku terkejut..sebab aku hanya aggap dia sebagai abang aku..sebab aku tahu..dia dan aku langsung tak sesuai...yelah..aku tak padan dengan dia...dia anak somebody...dan aku cuma orang biasa-biasa je..aku marah dia..sebab dia cakap dia sayangkan aku lebih dari seorang adik...jahatkan aku? aku langsung tak fikir perasaan dia...lagipun aku belum habis sekolah..dan aku malas nak fikir pasal cinta yang pada aku langsung tak penting..tapi arwah tetap baik dengan aku...

sebelum dia pergi...dia sempat hubungi aku...dia kata...dia tak kesah aku tak terima dia...tapi dia cakap jangan benci dia...sebab dia sangat sayangkan aku...katanya dia minta maaf pada aku...aku maafkan dia...aku cakap kat dia jangan pikir yang bukan-bukan..walaupun dalam hati aku dah berdebar-debar,..

sampailah hari dia pergi..aku balik sekolah..aku tengok dua-dua handphone aku penuh miscall...nombor adik dia..aku hairan..sebab mamat tuh punya lah benci kat aku..then kawan-kawan arwah pun telefon aku juga...belum sempat aku nak buat call back phone aku berbunyi dan aku terus angkat...adik arwah yang bercakap dengan aku..

"abang aku dah takda,aku harap kau ok"...

aku menangis sepuas-puas nya...aku menyesal..aku baru tersedar yang aku pun suka pada dia..aku tak sempat nak cakap pada dia...aku rasa bersalah...bila adik dia bagitahu aku...

"abang aku cakap dia sayangkan ko sampai mati...ko tengok lah..sampai dia mati..nama ko jugak yang dia sebut...dia dah tunaikan janji dia pada kau...dan dia mati sambil peluk al quran yang ko bagi tuh..dia cakap terima kasih sebab hadir dalam hidup dia..dan tunjukkan dia jalan yang dia cari"

aku rasa bersalah yang teramat...sebab aku tak sempat menghargai manusia yang sangat baik dengan aku..sampai mati aku takkan lupa dia...sebab dia manusia yang tak pernah malu jalan sebelah aku..dan tiap kali aku bersedih..dia sentiasa ada dengan aku..dan aku sangat bodoh sebab melukakan hati dia...

walaupun hari ni aku dah berbaik dengan adik dia...tapi aku tetap rasa bersalah...sampai bila-bila..aku tak boleh nak maafkan diri sendiri..sakit memang sakit bila kita mencintai seseorang tapi tak berbalas...tapi lagi sakit bila kita tak sempat membalas cinta orang yang betul2 sayangkan kita...

saat aku tulis entry ni..aku tak mampu nak tahan air mata aku...yang dia tinggalkan untuk aku..hanya satu...key chain yang ada tulis nama dia dan nama aku...dan juga kenangan...kenangan yang takkan pernah mati dari minda aku...sejak tuh aku tak suka berkawan dengan lelaki...sebab?? aku cuma mahu berkawan dengan orang yang aku betul-betul suka..sebab aku tak nak mengecewakan orang lain..cukuplah sekali aku buat silap...dan sampai hari ni aku menyesal...

so aku pesan kat korang..hargailah orang yang sayangkan kita...sebab bila kita kehilangan dia..baru kita sedar..yang kita perlukan dia...

inilah peristiwa yang menyakitkan aku bagi tahun 2012

al-fatihah untuk arwah khairul zafreel affendy

# the word sorry should be banned till people know hot to use it properly



4 comments:

khairil azam said...

masa arwah ade..aku bkan xsuke ko kwn dgn arwah..tp aku tkut ko kwn dgn dia hnya untuk duit..sdangkan abg aku tu seorg yg sgt setia..aku tkut ko mainkan arwah..tp lama2 aku sdar..yg abg aku xbuta menilai seseorg..dan aku bsyukur Allah kurniakan ko sbgai sahabat kami..lupakan peristiwa ni..aku xnak ko hdup dlm serba salah..aku bukan marah kt ko..cuma aku perlukan masa nk trima hakikat..maaf ats kelancangan mulut aku..we're frens..4 eva..never doubt ok.. =)

cik kaki ketawe said...

khairil azam zafran-setiap kali aku tgok muka ko..aku akn teringat arwah..muka kau seiras dgn abang ko kan..ehh...lupe pulak..korg kan adik bradik..tiap kali tula aku rasa besalah..thanks kai...ko memang memahami mcm abang ko jugak =)

#aku xpandang duit kai..

Cik Muda said...

wahhhhhh sedihnye............. Y_Y

Ayie Abas said...

salam CKK :)

memang menyedihkan bila baca story CKK nih...

sama2 kita sedekah kan al fatihah pd arwah... al fatihah

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P