Pages

Sunday 25 November 2012

wordless saturday

pelbagai ragam manusia yang telah aku lihat sepanjang perjalanan hidup aku selama 17 tahun ini...Manusia sekarang sering lupa diri...bongkak berjalan menongkah langit.. tanpa mereka sedar bahawasanya apa yang mereka ada itu bukan kepunyaan mereka.. padahal ia milik yang maha kuasa... tapi mereka tetap bermegah dan tak rasa malu bila menyalahgunakan nikmat yang di beri..

kenapa aku menulis entry ni??? sebab aku geram..marah yang tahap tak tahu nak cakap level berapa.. seorang manusia yang aku kira tak ada hati perut dan langsung tak berperikemanusiaan...

semalam aku pergi ke pasar minggu...saja jalan-jalan sambil nak tunggu pukul 11 then aku kena pergi rumah kenduri member aku kan...sambil berjalan tuh tetiba aku terserempak dengan mak cik dan pak cik yang duduk sambil meminta sedekah...sebenarnya aku agak sedih melihat mereka.. dengan mata yang buta dan mungkin telinga yang pekak..mereka duduk di tepi jalan sambil bermain alat music..

aku sebenarnya tak mahu menderma bukan kerana apa..tapi kat situ aku tengok ada seorang lelaki yang mengawasi mereka...jika di fikirkan balik...jika dia adalah ahli keluarga mereka...kenapa dia biarkan pak cik dan mak cik tu meminta sedekah?? maka aku teringat kata-kata bapak aku...yang mereka ini di hantar oleh orang sendikit dan wang yang mereka dapat akan di ambil..mereka hanya di beri makan..

tapi aku pula tak sampai hati melihat mereka..maka kau letaklah juga sedikit duit ddalam bekas mereka..aku berharap Allah memberi rezeki ke atas mereka..dan aku harap duit itu dapat mereka rasai untuk meneruskan kehidupan...

aku terfikir kenapalah jabatan kebajikan masyarakat tak buat pemeriksaan di situ...sebab itu tempat tumpuan orang ramai... lebih baik pak cik dan mak cik tu duduk di pusat kebajikan daripada di biar mengemis di tepi jalan tapi mereka hanya diperalatkan..

dunia semakin kejam..manusia yang tamak haloba lagi keji menggunakan orang lain..menindas orang lain...apa mereka tak terfikir ke bahawa manusia yang OKU juga berhak hidup tanpa penindasan?? dan aku juga tak boleh terima melihat banyak manusia yang di berikan nikmat yang cukup tapi tetap lokek untuk berkongsi...tidakkah mereka sedar yang harta mereka ada hak orang lain ke atasnya??

jadi bagi aku..janganlah kita hidup terlalu menyombong diri dan kedekut... jadilah orang yang pemurah..harta takkan pernah cukup...harta yang banyak adalah ujian dari Allah...kemiskinan juga ujian dari Allah..yang mana kedua-dua nya adalah ujian di mana Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan hambaNya..

#bersedekahlah..sesunggunya menginfakkan harta ke jalan Allah adalah penuh kebaikkan...biar kita miskin didunia tapi kaya di akhirat...dan aku sangat kagum dengan kawan aku..walaupun dia orang susah dari aku..tapi dia masih bersedekah kepada aku dan orang lain..dan aku harap..moga Allah memberi rezeki berlipat kali ganda kepada dia..

8 comments:

misz aisya said...

hye dik. setuju. the more we give, the more we get. :)

menjawab soalan adik pasal takut nak tegur kakak tu kan, ade banyak care menegur sbnrnye dik. tak semestinya dgn kata2 berbentuk nasihat. akak sndiri xprnah tgur kakak2 akak yg bertudung xsempurna. tp, akak tengok diorang segan dgn akak dan lme2 diorang berubah sendiri.

adik sndiri kne tunjukkan contoh yang baik. itu lebih brkesan. sbgai gadis brtudung, mungkin kita lebih banyak pantang larang. adik kne jage semua tu supaya org yg lebih dewasa pon boleh hormat kita. dri situ, kakak adik akan belajar. :)

JR said...

Memang ada pengemis mengikut sendiket, tapi ada juga yg dtg sendiri. Memang ada juga yg sebenarnya hidup senang dgn hasil mengemis, tapi ramai yg memang benar2 susah. Jika pemberian kita ikhlas ganjaran Allah pasti besar, bukan seperti sesetengah VVIP yg beri derma mengharapkan ada lensa TV dan akhbar ambil gambar mereka...

wakgelas said...

wak pon dh lama X sedekah kat pengemis dtg kedai makan .. uUHhuu

Mr. Doctor said...

Kejamnya manusia zaman sekarang sampai orang kurang upaya nak dimanipulasikan...

Unknown said...

insyaAllah..sy akan cuba cara akk..maklomlah,..sbgai adik sy kena hormat kan dia..thanks akak...doakan sy berjaya dlm misi ni! hehe =P

Unknown said...

betul tuh..keihlasan tuh yang paling penting...=) VVIP tu takpelah..mereka kadang2 menderma untuk publisiti...itu urusan mereka dengan Allah...sy sokong kata2 anda =)

Unknown said...

haha..xpelah wak..kalau ada peluang boleh lah bersedekah...besar ganjaran nye =)

Unknown said...

manusia sekarang banyak lupa agama..dan xberperikemanusia..apa nak dibuatkan...mreka pentingkan diri sendiri..=(

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P