Pages

Wednesday 1 August 2012

MR. SENIOR

kita undur kebelakang seketika...

KEPADA ENCIK WATEVER....

 dengan ini saya nak cakap setelah anda melanggar saya dengan tanpa sedikit pun perikemanusiaan walaupun anda adalah mamat senget yang tua SETAHUN dari saya...tolong jangan poyo dan perasaan path pejalan kaki tu ada tulis nama nenek anda okey!! sampai tiap kali anda nak lalu orang lain kena ke tepi...sedarlah path kat sekolah itu adalah hak kerajaan...jadi di sini ingi saya "sukacita" memaklum kan saya dah senaraikan nama anda sebagai pelajar "WANTED' yang langsung takde adab sopan...terima kasih tak terhingga saya ucapkan kerana anda melanggar saya sehingga saya hampir menerjunkan diri ke dalam LONGKANG...seseungguhnya saya AMAT MENGHARGAI pelanggaran yang berlaku tadi..sedapp..enak sehingga menjilat jari...erghhhh!!!!!!!!!!

ni entry aku yang ditulis pada 01/08/2012

saje aku update balik sebab aku terserempak dengan senior yang kerek giler tu tadi..ciss perangai lama nye tak berubah langsung...bila jumpa aku ingatkan dah berubahlah jadi dewasa rupa-rupanya sama je macam dulu...suke sangat tayang sengih kera dia kat aku...nasiblah aku tengah mood baik hari ni..maka aku buat bodoh je nampak muka dia tadi...

tapi aku jeles betui dengan mamat ni...dia ni cerdik betul la...mark result dia memang higher tiap kali exam...aku terlupa..mamat ni sebenarnya best student kat sekolah lama dia...tapi sebab masalah kewangan dia hanya sambung belajar di tingkatan 6..

dulu aku cukup tak suka dengan mamat ni..tapi sejak aku tahu kisah hidup dia...aku jadi kesian pulak..so kalau dia buat pasal ke aku tak sampai hati nak marah...teringat pulak satu hari tu...muka dia sedih sangat...rupanya ayah dia yang lumpuh tu masuk hospital..dia pandang muka aku dengan pandangan yang sedih...aku terdengar dia cerita pada cikgu kaunseling...aku tumpang nangis sama...walaupun dia tu sengal tapi satu yang aku tabik spring...dia sanggup tangguh dan tolak tawaran belajar sebab takda sapa nak jaga ayah dia yang lumpuh tu...kesian kan dia...so aku takda lah nak cari pasal dengan dia...

aku tak tahu nak tolong dia macam mana...tapi aku dapat letak nama dia dalam list penerima zakat dan bantuan biasiswa...itu je mampu aku buat...walaupun aku tak suke kesengalan dia...tapi aku harap..dia akan dapat kehidupan yang lebih baik lepas ni...

bila tengok keadaan dia..insaf rasanya...aku ni selalu merungut kalau makanan yang bapak aku beli tak sedap..tapi mamat tuh nak makan pun kadang-kadang tak cukup...dengan takda duit nak bayar perubatan ayah dia yang lumpuh tu...hemm..dia yang lalui benda ni mesti lagi susah...aku semua segalanya cukup sampai berlebih-lebihan...tapi dia...kehidupan dia...jauh beza dengan aku...tapi kan walaupun mamat ni sengal..aku jatuh cinta pada suara dia..dia azan dan jadi imam memang superb...teringat pulak dia jadi imam waktu bacaan yassin untuk pelajar peperiksaan...merdu...cair anak-anak dara dalam dewan tuh...

disebalik perangai tak matang dia tuh...rupanya dia simpan satu cerita....dia buat perangai sebab dia nak kan perhatian...kat rumah dia hanya jaga ayah dia je..jadi kat sekolahlah tempat dia nak bermain dan bergelak ketawe...waktu dia berkongsi cerita dengan cikgu kaunseling aku yang mendengar nye syahdu je...tengok dia mengalirkan air mata...bukan senang nak tengok lelaki bajet macam dia keluarkan air mata...jadi aku ni beruntung sebab dapat tengok dia dalam keadaan macam tuh...keh3..

so yang aku belajar...jangan mengeluh dalam kehidupan..sebab ada orang yang lagi susah dari kita..

1 comment:

Adlina said...

OHOHOHOHOHOHOHOHO

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P