Pages

Monday, 15 April 2013

CONJECTURE


Assalamualaikum...holaaa...dah baca tajuk? aku pun tak tahu mana datang perkataan tu...mohon google kan jika nak tahu maknanya...hari nie aku dapat dua bad news...entah lah...aku tak tahu nak cerita macam mana...takpe abaikan pasal benda tu...aku nak cerita benda lain sebenarnya...hari ni aku pergi melawat ayah saudara aku iaitu abang kepada lady boss aku...teruk jugak lah keadaannya...terlantar di hospital...sebab buah pinggang tak boleh berfungsi secara normal lagi...sebak aku tengok bila ayah saudara aku menangis bercerita pada my mom...

Isteri kepada ayah saudara aku pula aku tengok memang tenang habis...tak ada setitik pun air mata yang mengalir...aku kagumi emak saudara aku...dia sangat kuat...dan paling aku tak sangka...she's dying! dia menghidapi kanser payu dara tahap 4...besok ayah saudara aku akan menjalani dylisis and isterinya akan menjalani kimoterapi pula....berat sungguh ujian Allah...tapi she's very cool and steady...aku tak tahu macam mana dia dapat kekuatan begitu...dalam keadaan dia yang menghidap kanser dia masih mampu memberi kata-kata semangat pada suaminya....aku yang melihat pun tak mampu nak bertahan...

Aku paham bagaimana rasanya hidup pesakit yang mengalami kanser...kanser merupakan satu penyakit yang membunuh secara senyap...sehari sebelum ni aku dapat berita mak cik yang pernah duduk sebelah katil aku masa di hospital dulu juga penghidap kanser usus sudah meninggal dunia...kanser satu penyakit yang masih belum ditemui penawarnya...apa-apa pun aku doakan mereka dan anak mereka tabah menjalani kehidupan...dalam pada aku memberi semangat aku juga mengharapkan diri aku juga bersemangat semula...aku yakin dugaan yang Allah bagi adalah untuk menyedarkan aku...bahawa Allah sangat menyayangi aku....dan juga semua hambaNya.....




p/s : kanser bukan penamat pada kehidupan meskipun penghidapnya tak mampu hidup normal seperti orang lain....so make sure korang jagalah nikmat kesihatan yang Allah bagi ni...biar kita sihat sebelum sakit....moga-moga kita ingat 5 perkara itu...semoga Allah ampunkan dosa dan menaungi kita semua...aaminn...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...


7 comments:

Nizam.Ariff said...

aku tak bayangkan kalaulah aku...

Aku Penghibur said...

ishhhh kalau ..sedih bila dapat tahu

Sally Samsaiman said...

dugaan Allah tanda DIA sygkan kita...berserah...Allah tau ape yg terbaik buat kita :)

Hatimi Tahirruddin said...

kanser ni prob dia pasal takde sistem pengesanan awal....ikut apa yg pernah aku baca, ramai pesakit tak rasa sakit masa mula2 ada kanser ni....bila time diorg mula rasa badan dah tak sedap, masa tu dah stage 3 atau 4.....nak operate pon dah tak boleh so kena guna ubat je la....

apa2 pun semoga bapak sedara kau tu akan sembuh dan kesakitan mak sedara kau pun boleh dikurangkan....semoga mereka tabah menghadapi hari2 mendatang....

Cik Pensil said...

yang penting mesti kuat pengubatnya

MaMa Rey said...

kuat ujian mereka berdua..tabah betul mereka hadapinya..
semoga kedua-duanyaterus tabah hadapi ujian..


p/s:
CKK cuba cari mcm kat bawah..ganti MaMa Rey dgn nama CKK.

maxNumberToShow: 8,
excludeBlogAuthors: true,
excludeAnonymous: true,
excludeCommenters: ['MaMa Rey']

cth:
maxNumberToShow: 8,
excludeBlogAuthors: true,
excludeAnonymous: true,
excludeCommenters: ['cik kaki ketawe']



khairil azam said...

sis teruk ke? aku tak dapat balik...balik pun bulan puasa nanti...kim salam aku pada pak cik ehh...ko tu jaga kesihatan sama...nanti semua sakit...payah jugakk...be strong =)

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P