Pages

Sunday 18 November 2012

ERTI SEBUAH SENYUMAN

SENYUM itu satu sedekah...tapi bahaya  kalau anda senyum tidak henti-henti takut nanti
 di salah erti..hehehe..
kekadang senyum terlebih gula juga memakan diri..mungkin anda akan di tuduh lelaki atau perempuan miang mahupun mahu menggoda...tapi kita di kurniakan akal..senyum biar bertempat ye..hahaha...senyum juga biar ikhlas...nampak manis jika di sertakan dengan ke ikhlasan...

Tujuan aku menulis entry yang tak berapa nak havoc ini adalah kerana aku telah di kecam oleh member aku dengan statement membunuh...kata-kata nya tajam ibarat sebilah keris tepat menusuk hati ku...okey..berhenti madah berhelah..skema giler aku menulis hari ni...

                   "senyum kau plastik...mak nyah senyum pun lawa lagi dari kau"

Pergh..memang sentapp...tapi takkan lah aku nak meraung hentak kaki kat depan dia kan...air muka sebagai wanita sejati kena jaga beb!! hahaha..di  sini ingin aku nyatakan bahawa...jika mahu senyum...ia tidak boleh di paksa...senyuman yang manis lagi bermadu perlu datang dari hati yang suci lagi ikhlas... di sebab kan aku sakit hati sebab sesedap budu je dia nak mengata aku...jadi aku pun cuba lah senyum semanis habis..

Sayangnya wajah aku memang tak boleh nak menyimpan rahsia tuan punya badan..aku kalau tak suka memang nampak plastik sangatlah senyuman aku tuh.. Maaf..aku tak boleh memaksa senyuman aku untuk diberikan kepada manusia yang tidak layak mendapat senyuman aku,..dah sah2 aku tak kenal..nak paksa2 aku senyum..itu melanggar etika hak kemanusiaan..harap maklum..

Senyuman setiap individu mewakili pelbagai maksud...ada macam-macam jenis senyuman...

*senyuman palsu
*senyuman sinis
*senyuman dengki
*senyuman ikhlas
(boleh pilih mana yang korang nak,
tapi sebaik2nya biarlah senyuman tulus
dari hati)

Terpulang kepada kita untuk menggayakan senyuman tersendiri..aku pulak lebih suka tersengih sebab kalau aku senyum je tak jadi...entahlah..aku rasa muka aku cam pelik kalau senyum..kalau sengih okey kut..hahaha...lantaklah kan..asalkan kita bermanis muka tanda kita menyapa orang lain atau menghormati orang tua..

Senyuman juga boleh menyebabkan seseorang jatuh cinta...cehhh..aku lettew...tapi bukan le jiwang karat jatuh cinta kan..aku suka orang yang sweet...tak kisah lah muka putih ke gelap ke..kurus ke..tinggi ke..kadang-kadang senyuman buatkan seseorang yang biasa-biasa jadi luar biasa...tapi awas..jika anda jarang menggosok gigi sila jangan tayang gigi anda....kerana ia akan jadi peristiwa mengerikan bagi mereka yang melihat..hahahaa...

dengan senyuman juga kita mampu membunuh...tapi bukan lah maksudnya kalau kita senyum orang yang tengok tu terus mati..ohhh...tidak sama sekali..anda semua pernah dengar tak pepatah Inggeris

"be happy and smile in front of your haters..its kill them"

betapa kuat nya sebuah senyuman..perasan tak kalau kita sedih..dan kita cuba senyum seikhlas hati..insyaAllah akn terubat sedikit hati kita..kita kena teruskan hidup walau apa pun yang terjadi..smile can make someone be more stronger...senyum juga satu terapi minda dan hati..erm lupa kat mana aku baca...tapi itulah hakikatnya...

Tapi pada masa yang sama..sebuah senyuman juga mampu menyimpan seribu kedukaan..hemm..betul tuh..kadang2 sesetengah mereka melemparkan senyuman yang sangat indah..tapi rupanya mereka menyimpan kekecewaan yang maha hebat..tapi aku salute pada orang begini..mereka tidak membiarkan hidup di belengu permasalahan...dan sentiasa tabah...but..dalam pada itu..mereka yang sering tersenyum dan ketawe seolah-oleh tidak punya masalah lah yang paling merbahaya...mereka mampu menjadi seorang yang kita tak sangka apabila marah..dan mereka juga sering menangis sendirian..dan aku rasa betul juga...

jadi..sebabkan aku malas nak tulis pepanjang...aku nak buat konklusion..bahawasanya kita mestilah selalu senyum..maniskan muka...tapi awas...bukan untuk menggoda seseorang..tapi untuk bersedekah melalui senyuman dan mengeratkan silaturahim...

walaupun kekadang kita kena hipokrit tetambah kalau terjumpa minah-minah propa plus mamat-mamat nak jual minyak..jangan di layan sangat...walaupun hipokrit tu tak baik (aku pun selalu buat jugak ni) kekadang  bagus juga...tak nak kecik kan hati orang lain..hehee..

but ingat!!

" if you're going to be two-faced,,at least make one of them pretty"

#sila jangan jadi hipokrit...senyuman yang ikhlas pasti di balas...hehehe =P

4 comments:

محمد رازيق said...

senyum itu satu yang indah, terpulang awalau ia hipokrit. namun boleh membuatkan hati lain gembira. tq snggah blog sy, jgn serik mai lagi.

Unknown said...

yup..jangan lupa senyum2 selalu..insyaAllah..nanti sy BW blog anda..

JR said...

Tak rugi senyum kan...bukan kena bayar pun..oleh itu senyumlah selalu bila bertemu orang lain. Apapun, jangan cuba senyum sorang-sorang nanti ada yang ingat ada masalah pulak....

Unknown said...

betul tu...free tak payah bayar...erkk...harap2 lah saya tak terjebak dengan perangai senyum sorang-sorang2..ngeri juga...hahaa

Post a Comment

boboiboy pernah berkata bahawasanya...komen biarlah ikhlas...
barulah terbaik... =P